Untuk penulisan sebuah karangan, murid-murid perlu menulis :
1. Pendahuluan
2 .Isi
3. Penutup
Bagi memudahkan murid-murid membina karangan dan membantu untuk membina karangan dengan baik, maka murid-murid boleh menggunakan teknik formula bagi pembinaan karangan seperti :
1.Pendahuluan-
Formula 'SILA'S = Skop umum
I = Isi tajuk
L =Lapor kesan
A =Ambil semula kehendak soalan
2. Isi -
Formula ' THCP'T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa)
H = Huraian topik
C= Contoh
P = Penegasan
3. Penutup/Kesimpulan -
Formula 'RCAH'R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.